Tuan Guru Haji Abdul Rahim Bin Haji Said

Tuan Guru Haji Abdul Rahim Bin Haji Said @ lebih dikenali sebagai Pak Long Rahim oleh penduduk  dikawasan Kampung Selinsing Semanggol Perak ialah seorang tokoh 'Ulama' , guru agama Islam , guru takmir pembangun pemikiran umat Islam dan pendakwah ilmu pengajian Islam di Masjid-masjid dan surau-surau khususnya di Negeri Perak dan Pulau Pinang.


Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada 2 Mei 1946 dan meninggal dunia pada usia 77 tahun pada 24 September 2023 dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Amin Kampung Selinsing Semanggol Perak.


Nama penuh beliau Abdul Rahim Bin Haji Said.



Ayah beliau meninggal dunia semasa beliau berumur 2 bulan.

Ayahnya bernama Haji Said Bin Mat Diah dan berasal dari Negeri Kelantan.

Ibunya berasal dari Kampung Selinsing  bernama Hindon Binti Jabar. Beliau meninggal dunia pada 14 April 2019.

Jabar Bin Mat Arif

Mat Arif Bin Haji Mohd Amin

Haji Mohd Amin @ dikenali sebagai Panglima Haji Mohd Amin meninggal dunia pada 1870



Kepada yang ingin menziarahi kubur arwah Tuan Guru Haji Abdul Rahim dan kubur Panglima Haji Mohd Amin boleh datang di Tanah perkuburan Masjid Al-Amin Kampung Selinsing Semonggol Perak. kubur arwah tuan guru dan kubur arwah panglima bersebelahan dan berdekatan dengan pintu masuk tanah perkuburan.
boleh klik untuk lokasi Masjid Al-Amin

Al-Fatihah


Isteri beliau bernama Zaleha Binti Haji Hashim berasal dari Parit Haji Tok Ngah Parit Buntar Perak dan mereka dikurniakan 12 orang anak
9 lelaki dan 3 orang perempuan.

Khairil Anuar
Suraini
Noor Rosdi
Mohd Khairil Nizam
Mohamad Noor Husni
Nurul Husna
Mohd Rizal
Mohamad Zainal Abidin
* Anak Syurga ( keguguran )
Mohamad Noor Fadli
Siti Noor Fadilah
Mohamad Noor Azizi

Sejarah Kehidupan

Tuan Guru Haji Abdul Rahim semasa muda pernah bekerja sebagai seorang nelayan,petani dan penggali kubur di kawasan tanah perkuburan Masjid Al-Amin.

Beliau juga bekerja sebagai tok siak, tok bilal menjaga masjid lama Al-Amin kampung selinsing.

Beliau banyak belajar ilmu ugama di Masjid masjid ,pondok pondok berdekatan dan juga Pondok Sungai Bakap.

Beliau banyak mendalami ilmu Al-Quran, Tajwid,Feqah,tasawwuf islam dan nahu.

Beliau juga menjadi pengajar dan Pengetua di Sekolah Agama Rakyat.

Beliau juga banyak mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh Pejabat Agama negeri Perak dan Pulau Pinang.

Beliau juga pernah menjadi Iman di Masjid Al Amin Kampung Selinsing Semonggol Perak. 

Beliau berpindah ke Nibong Tebal dan dilantik iman di Masjid Kampung Changkat dan meneruskan pengajian di Pondok Sungai Bakap.

Antara guru guru beliau iaitu  Tuan Guru Haji Sofian, Tuan guru Haji Sabran , Tuan Guru Haji Abdul Wahab , Tuan Guru Abdul Latif, Tuan Guru Zakaria,Tuan Guru Sahak dan lain lain.

Beliau juga menpunyai Tauliah Guru Takmir di Negeri Perak dan juga Pulau Pinang dan beliau active mengajar di Masjid dan Surau





Beliau juga telah mewakafkan tanah dan Pengasas kepada Pondok Umumi Jannatul Naim





Semoga segala usaha dakwah Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahim Bin Haji Said diberkati Allah dan ditempatkan bersama para kekasih Allah swt . Al-Fatihah.